Sunday, October 7, 2012

Update on baby's stuff

Just an update on baby's stuff :)

Breastmilk storage 

 More clothes, towel, pampers & others

 Receiving blanket

Gifts from my mom! Hehe. Belum apa2 dah dapat presie. 

Wardrobe from Ikea after assemble by her dad :)

Lepas susun semua baju. Banyak gak ehhhhh!! 


Pasta

My pasta.
In a carbonara sauce, add in black pepper, white pepper, parsley and sausage.
Mix with boiled pasta. Ready to eat. Easy peasy. :)


Wednesday, October 3, 2012

Dear IR Binti SE

Dear IR
I write to you so that one day you will be able to read this. You are currently 32 weeks in my belly. Tinggal lagi balance 2 bulan je before I deliver you.
The first day when we got to know of your existence, daddy was the happiest man in the world. I can still remember his smiley and overexcited face. Mungkin dia tak percaya yang dia akan jadi daddy. Sebab setelah  2 tahun 5 bulan kahwin, Allah kurniakan IR pada daddy dan ummi. Dan “kisah disebalik nya”, cuma daddy dan ummi yg tau. No one in this world knows. IR pun tak perlulah tau. Cukuplah kalau IR tau yang we both believe that you are a strong and tough girl yang Allah kurniakan pada kami.
2012 membawa makna yg sangat besar dalam hidup daddy dan ummi. January 2012 daddy got an offer from his client to join them as a General Manager. The offer is quite promising and we thought it’s the time to move on after 10 years working with an accounting firm. He has gained the accounting knowledge being an auditor for 10 years. His ambition has change from being a partner of a firm to running a company, ie a CEO. So he accepted the offer as he believes he would gain operation knowledge workwise for a so called preparation to be a CEO. March 2012, we went for a holiday to Ho Chi Minh and Bandung. Thanks to Air Asia sebab ticket murah! April 2012 daddy starts his new job which we found is far better than working as an audit manager. Dulu kena kerja around the clock je, skarang tidak lagi. He has more time with the family, ummi la tu. Hehe.  End April 2012, we got to know yang ummi pregnant! Alhamdulillah, syukur pada Allah ketika itu. Everybody said daddy dapat the new job sebab rezeki baby. Syukran Ya Allah! September 2012, I am promoted  as supervisor. Dulu namanya AM, tapi last yr nama dah tukar jadi supervisor. Apalah ada pada nama, responsibilities tetap sama. One more step to manager, but I know it will take years for me to reach that. I know people will expect more when they promote you as a supervisor. InsyaAllah ummi akan buat sebaik yg boleh setimpal dengan pay yang diberi, which the pay is actually above my expectation and suprise me. And you will be 'alive' in front of us in November InsyaAllah. Semuanya berlaku in 2012. Tahun yang takkan ummi lupakan for the rest of my life.
Dah lama sebenarnya ummi tak tulis panjang2 mcm ni. I used to write long dulu2. Ms sekolah and also ms ada bf jauh. Hehe. Daddy baca sure merajok. Tapi since I am with daddy, dah tak tulis panjang2 sebab masa satu office dengan daddy dulu, kalau nak jumpa, just 3 level above aje. I am at level 20, daddy kat level 23. Cinta 3 level away aje. Hehe. Jadi maafkan ummi sebab skill menulis ummi dah tak seterer dulu.
IR… Nak tau macam mana daddy dan ummi dapat nama tu? Pangkalnya, nama yang before IR wujud lagi, daddy dah mula panggil dengan nama tu. He always wanted a baby girl. Walaupun mulutnya kata dia kisah walau apa jantina anak sulung, tapi dia selalu panggil pangkal nama IR bila dia nak sebut pasal baby. Your adik pulak dia dah mula panggil a boy name. Hehe. Out of 10 orang yang teka perut ummi ni, seorang je yg teka perempuan. Masa belum tau jantina pun, when people are saying my tummy looks like it’s gonna be a baby boy, tapi daddy tetap kata its a baby girl. Dan bila first time dapat tau you are a baby girl, daddy orang yang paling happy. Mungkin sebab hajatnya tercapai. Hujung nama IR, ummi yang bagi. Tengok dalam buku. It suits with your first name. Daddy pon agree dengan nama tu. Since then, daddy dan ummi dah mula panggil IR dengan nama tu.
Bila 6 bulan ke atas, you are able to hear dah. Orang kata selalu2 lah bercakap dengan baby. Itulah yang daddy dan ummi buat setiap malam. Talking to you. Ingatkan IR supaya jadi anak yang baik dan solehah. Parents always want the best for their child sejak anak tu dalam perut lagi. Makan makanan berkhasiat so that IR pun dapat the same nutrition insyaAllah. Ummi baca dan dengarkan IR dengan bacaan ayat2 suci. Dengarkan IR dengan kids CD. Your bedtime story is dictionary. Supaya one day IR jadi rajin membaca. InsyaAllah.
Panggilan daddy dan ummi? Nama panggilan tu daddy pilih for himself and ummi pun pilih for myself jugak. Daddy just loves being called as daddy and so does ummi. As simple as that. Walaupun nanti sure akan ada orang kata, daddy tu western sgt and ummi nampak alim sangat. Tapi InsyaAllah nama tu akan suits both of us since we have been talking to you by using that.
IR, saat ummi tulis artikel ni, ummi dalam kereta, jam pukul 3.30 pagi. Ummi teman daddy. Daddy ada meeting kat Alor Star. So daddy drop ummi umah maktok then daddy pegi meeting. Daddy risau nak tinggalkan ummi sorang2 kat rumah. Takut apa2 jadi pada ummi sebab ummi dah 7 bulan pregnant. Kalau ada orang dengan ummi, dia tak lah risau sangat. Daddy being daddy. Dia memang bertanggungjawab. Sejak tau IR hadir dalam hidup daddy dan ummi, daddy banyak berjimat supaya barang2 IR lengkap bila ummi bersalin nanti. Daddy kalau boleh nak beli semua benda. Dia taknak IR hidup dalam serba kekurangan macam masa dia kecik dulu. Daddy orang susah, jadi dia takmau anak2 dia rasa benda yang sama macam yang dia rasa. Setiap kali beli barang untuk IR, daddy akan ckp kat ummi yang dia dulu tak pernah rasa barang2 mcm ni, dan mata dia akan bergenang. Sebab tu, IR kena jadi anak yang baik dan sentiasa ingat pengorbanan daddy. Ya syg. Daddy sebolehnya akan minta ummi bekalkan dia lunch box, supaya dia dapat berjimat untuk menyambut kelahiran IR. So far, daddy dah belanja hampir RM4.6k sejak ummi pregnant. Cost termasuk check up ummi kat DEMC, maternity cloth ummi, barang2 keperluan IR nanti. Ummi pulak dah belanja hampir RM2.2k untuk share cost yg sama. Most of the things dah beli, cuma tinggal stroller, car seat, bath accessories, breastpump dan cost bersalin nanti. Cost bersalin nanti bukan sahaja hospital cost, tapi cost berurut bertungku, bahan2 makanan ummi dalam pantang. Jadi daddy dan ummi kena banyak berjimat supaya IR lahir dengan kelengkapan yang lengkap.
IR, hidup kita taklah mewah sangat. Ada juga masanya daddy dan ummi kesempitan wang. Tapi ummi bersyukur dikurniakan husband macam daddy. Walau macam mana susah pun, daddy tetap akan bahagiakan ummi. Dia akan dulukan ummi dari diri sendiri. Kalau ummi nak sesuatu, InsyaAllah ummi akan dapat, cuma cepat atau lambat je. Ummi bersyukur. Kita tinggal di rumah yang selesa. Makan pakai cukup. Dalam sebulan mesti ada makan kat Nandos, Kenny Rogers, Pizza Hut, McDonalds, KFC, Secret Recipe, Starbucks, Subway and many more. Bila ada special occasion macam birthday daddy atau ummi, daddy dan ummi dinner kat Thai restaurant macam Just Thai, Ayuthayya atau western like Chilis. This year daddy bawak ummi dinner kat menara KL for my birthday. Semua tempat2 tu daddy tak pernah pergi pun sebelum dia bercinta dengan ummi, kecuali McDonalds dan KFC. Sedih tak? Bila tiba anniversary, daddy dan ummi akan pergi holiday. First anni kat Kota Kinabalu. Second anni kat Pulau Kapalai. This coming third anni InsyaAllah ke Singapore with you in my belly. Sepatutnya daddy dan ummi dah book ke Melbourne, tapi we had to postpone sebab ummi dah tak boleh naik flight by then, 35 weeks pregnancy, Jadi kita akan ke Melbourne next year ya IR. Kalau ke pasar, ikan yang selalu dibeli ialah bawal, jenahak, senangin, merah, cencaru, kerisi, kerapu, siakap. Di samping sotong, udang, ayam, daging. Jadi, ummi classified kan kehidupan kita tidaklah susah, tetapi tidaklah mewah sangat. Ummi dan daddy takmau manjakan IR dengan wang ringgit, tetapi kasih sayang yang tak terhingga. InsyaAllah. Itu doa ummi pada Ilahi.
(Continued after 1 week...)
Today, daddy and ummi went for the check up again. Alhamdulillah berat ummi dah naik 5kg so far! The last time we went for check up, your berat baru 1kg. Now dah 1.6kg. Before this semua kawan2 ummi dok kata perut ummi kecik. Orang lain kalau dah 7 months plus, mesti dah naik at least 10kg, tapi ummi baru 5kg. In fact, the doctor sendiri cakap your size tak besar sangat. She expects your berat dalam 2.6-2.8kg aje by the time ummi deliver nanti. InsyaAllah, IR anak yg baik, ummi tau IR akan mudahkan proses ummi bersalin nanti. Lagipun sepanjang ummi mengandungkan IR, IR tak pernah susahkan ummi. Kandungan kecik, mudah dibawa, ummi takde morning sickness, takde alahan pada sebarang jenis bau, ummi tak susahkan daddy mengidam nak makan yang bukan2, kerja2 rumah masih ummi buat macam biasa sampailah ke bulan ke-7 ni contohnya masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, iron baju, cuci toilet (ummi masih menyental toilet tau). Tak guna daily maid pun. Syukur Ya Allah! Jadi ummi yakin yang IR takkan susahkan ummi saat bersalin kelak. InsyaAllah, moga diperkenankan Ilahi. Every weekend pulak, daddy akan vacuum dan mop satu rumah, itu memang kerja daddy sejak kita masuk rumah ni. Every night, daddy akan urut kaki dan pinggang ummi sebab risau ummi penat seharian. Daddy akan buatkan susu every morning and before ummi goes to sleep. And he will make sure ummi akan habiskan susu tu. The last time daddy dan ummi tengok you kat scanner machine tu, doctor cakap you are growing well. I know that you are growing so fast and healthy in my belly.
Doctor cakap your kaki panjang. Hehe. Adalah ratio macam mana doctor tu kira. We strongly think that you memang ikut both of us. Tinggi kurus masa kecik2 dulu. Bila dah tua ni baru kami debab. Hehe. So, walau apa pun orang kata, perut ummi kecik ke ape ke, yang penting you are growing healthy! That matters more!! :)) We love u IR!! And obviously we hope to see you soon! In the next 8 weeks insyaAllah! :)) We want you to know that since you came in our life, life is much more interesting. You are like sunshine to us. Yang menyinari hari2 kami. You are like rainbow to us. Yang ceria mewarnai hidup kami. You are the greatest gift from Allah ever happen to our marriage. We thank Allah for this grateful gift. Kami berjanji akan menjaga anugerah ini dengan sebaiknya kerana ianya satu anugerah terindah...